education 

Published on
SPM Sejarah - Tingkatan 4 Bab 7 - Usaha Ke Arah Kemerdekaan-Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee – CLC)

Untuk Melihat Kandungan Sejarah SPM Tingkatan 4 dan 5 yang lain klik di sini 

Latar Belakang Penubuhan
  • Selepas Perang Dunia Kedua, hubungan antara kaum menjadi semakin tegang sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin tempatan dan pihak British.
  • Keadaan ini menyedarkan semua pihak bahawa perpaduan kaum amat penting untuk kestabilan negara.
  • British menetapkan bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya wujud kerjasama erat antara kaum utama.
  • Oleh itu, rundingan antara pemimpin pelbagai kaum diadakan bagi mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial sebagai persediaan ke arah berkerajaan sendiri.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
  • Ditubuhkan pada Januari 1949
  • Menghimpunkan pemimpin utama daripada pelbagai kaum di Tanah Melayu
Objektif Penubuhan
  • Memperbaiki ketidakseimbangan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
  • Memastikan pembangunan yang lebih adil untuk semua kaum
  • Mewujudkan suasana harmoni dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat
  • Berperanan mengkaji secara mendalam isu hubungan antara kaum

Keanggotaan CLC
Pengerusi
  • E.E.C. Thuraisingham (wakil masyarakat Ceylon)
Tokoh British / Penasihat 
  • Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara)
Wakil Melayu
  • Dato’ Onn Jaafar (Menteri Besar Johor / Presiden UMNO)
  • Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz (Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak)
  • Mohd. Salleh Hakim (Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor)
  • Zainal Abidin Haji Abas (Setiausaha Agung UMNO)
  • Dr. Mustapha Osman (Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO)
Wakil Cina
  • Tan Cheng Lock (Melaka)
  • Lee Tiang Keng (Pulau Pinang)
  • Yong Shook Lin (Selangor)
  •  C.C. Tan ( Singapura) 
Ahli Lain
  • Roland Braddell (wakil Eropah)
  • L.R. Doraisamy Iyer (wakil masyarakat India)
  • Dr. J.S. Goonting (wakil masyarakat Serani)

Kepentingan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC) 
  • Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kerjasama politik antara pemimpin pelbagai kaum
  • Membantu pemimpin memahami keperluan untuk berkongsi kepentingan bersama
  • Menyumbang ke arah pembentukan hala tuju negara yang bersatu
  • Menjadi langkah penting dalam usaha mencapai kemerdekaan serta membina negara bangsa

Peranan CLC dalam Menyelesaikan Isu Kaum
  • Berfungsi sebagai platform untuk menyelesaikan konflik antara kaum
  • Menggunakan pendekatan rundingan, tolak ansur dan persefahaman
  • Bertujuan mewujudkan keharmonian masyarakat dan kestabilan politik

Isu dan Peranan CLC serta Kesan terhadap Perpaduan

1. Isu Politik
  • Masalah: Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
  • Peranan CLC:
    • Mencadangkan peralihan secara berperingkat ke arah pemerintahan sendiri
    • Memberi pengalaman pilihan raya kepada rakyat
  • Kesan:
    • Pilihan raya diperkenalkan di peringkat majlis bandaran, majlis negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan

2. Kedudukan Istimewa Orang Melayu
  • Masalah: Orang Melayu menuntut kedudukan istimewa pengiktirafan sebagai penduduk asal rantau Alam Melayu 
  • Peranan CLC:
    • Mengiktiraf bahawa orang Melayu berhak mendapat kedudukan istimewa
    • Berdasarkan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu dan mengiktiraf negara ini sebagai satu -satunya tanah air mereka. 
  • Kesan:
    • Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf
    • Hak serta kepentingan kaum lain turut dijamin

3. Kedudukan Ekonomi Orang Melayu
  • Masalah: Orang Melayu ketinggalan dalam sektor ekonomi ( bidang perniagaan dan perusahan ) berbanding kaum lain
  • Peranan CLC:
    • Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan orang Melayu
  • Kesan:
    • Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
    • Bantuan ekonomi dan pembangunan luar bandar diperkenalkan sebagai usaha tolak ansur terhadap persetujaun orang Melayu untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada bukan Melayu berdasarkan pendapat Dato' Onn 

4. Kewarganegaraan Bukan Melayu
  • Masalah: Syarat kewarganegaraan yang ketat terhadap kaum bukan Melayu
  • Peranan CLC:
    • Mencadangkan pemberian kewarganegaraan bagi memupuk kesetiaan kepada negara dan kerjasama di kalangan penduduk 
  • Kesan:
    • Syarat kewarganegaraan dilonggarkan
    • memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu 
    • Menggalakkan semangat patriotisme dan tanggungjawab terhadap negara

5. Pendidikan
  • Masalah: Sistem pendidikan berbeza mengikut kaum dari segi bahasa, kurikulum dan buku teks
  • Peranan CLC:
    • Mencadangkan satu sistem pendidikan yang lebih seragam bagi memupuk semangat kesetiaan dan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu 
  • Kesan:
    • Penubuhan jawatankuasa pendidikan untuk merangka sistem pendidikan kebangsaan
    • Membantu memupuk perpaduan melalui pendidikan yang seragam 

Info Tambahan
  • Pada tahun 1966, Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditukar nama kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Akta MARA 1966

Untuk Melihat Kandungan Sejarah SPM Tingkatan 4 dan 5 yang lain klik di sini 


Picture
Picture
1 Comments
Davizson Samuel Anak Egang - 3 months ago
Good