education 

Published on
SPM Sejarah - Tingkatan 4 Bab 7 - Usaha Ke Arah Kemerdekaan -Penubuhan Parti Politik
Latar Belakang Penubuhan

Untuk Melihat Kandungan Sejarah SPM Tingkatan 4 dan 5 yang lain klik di sini 
  • Selepas tamat Perang Dunia Kedua, banyak parti politik mula ditubuhkan di Tanah Melayu dan Sarawak.
  • Perkembangan ini dipengaruhi oleh kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan.
  • Matlamat utama penubuhan parti politik adalah untuk:
    • Membebaskan negara daripada penjajahan kuasa asing
    • Mewujudkan sebuah negara yang merdeka serta berdaulat
  • Kepelbagaian parti politik yang muncul telah:
    • Menggalakkan kerjasama antara pelbagai kaum
    • Menguatkan usaha bersama dalam menuntut kemerdekaan 
  • Kemunculan Parti Politik Selepas Perang Dunia Kedua

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – Oktober 1945
  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam
  • Menyebarkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat Melayu
  • Menekankan kepentingan perpaduan antara penduduk daripada pelbagai kaum
  • Berusaha untuk mencapai kemerdekaan
  • Memperjuangkan konsep penyatuan wilayah Melayu yang dikenali sebagai Melayu Raya

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) – 1946
  • Dipimpin oleh Abang Haji Zaini, Abang Haji Openg dan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
  • Berusaha mengukuhkan kesetiaan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat di Sarawak
  • Menentang tindakan British mengambil alih Sarawak
  • Merupakan penubuhan semula Persatuan Melayu Sarawak (PMS) yang pernah diharamkan semasa pendudukan Jepun di Sarawak 

Angkatan Pemuda Insaf (API) – Februari 1946
  • Dipimpin oleh Ahmad Boestamam
  • Menggerakkan golongan pemuda sebagai tenaga utama dalam perjuangan politik
  • Mendorong perubahan melalui penglibatan aktif anak muda
  • Menggunakan slogan “Merdeka dengan Darah” sebagai lambang semangat perjuangan untuk mencapai kemerdekaan 

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) – Mac 1946
  • Dipimpin oleh Mohamad Sirat Yaman, Awang Rambli, Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek
  • Menentang pemerintahan penjajah British di Sarawak
  • Memperjuangkan usaha untuk mencapai kemerdekaan Sarawak

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) – Mei 1946
  • Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan kemudian Tunku Abdul Rahman
  • Menentang penubuhan Malayan Union yang mengancam kedudukan orang Melayu
  • Mengamalkan kerjasama antara kaum sebagai strategi untuk mencapai kemerdekaan 

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) – Jun 1946
  • Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn
  • Berusaha meningkatkan kemajuan masyarakat dalam aspek sosial dan ekonomi
  • Menuntut agar Sabah dibebaskan daripada pentadbiran British

Malayan Indian Congress (MIC) – Ogos 1946
  • Dipimpin oleh John Thivy dan K.L. Devasar
  • Berperanan melindungi kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu
  • Turut memperjuangkan kemajuan politik dengan kerjasama kaum lain 

Barisan Pemuda (BARIP) – Disember 1946 (Jesselton dan Labuan)
  • Dipimpin oleh Mandur Syarif, Imam Suhaili Yaakub dan Pengiran Ahmad
  • Berusaha menyatukan penduduk tempatan
  • Menggalakkan kerjasama untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan politik
  • Menuntut keadilan daripada pihak pentadbiran British

Barisan Pemuda Sarawak (BPS) – Jun 1947
  • Dipimpin oleh Abang Mohd. Kassim Taha dan Ahmad Zaidi Adruce
  • Memperjuangkan kepentingan serta hak masyarakat bumiputera
  • Berusaha meningkatkan peluang dan kedudukan penduduk tempatan
  • Menentang penyerahan Sarawak kepada pentadbiran British

Barisan Pemuda Sarawak (BPS) – Jun 1947
  • Dipimpin oleh Abang Mohd. Kassim Taha dan Ahmad Zaidi Adruce
  • Memperjuangkan kepentingan serta hak masyarakat bumiputera untuk berkerajaan sendiri
  • Berusaha meningkatkan peluang dan kedudukan penduduk tempatan
  • Menentang penyerahan Sarawak kepada pentadbiran British

Malayan Chinese Association (MCA) – Februari 1949
  • Dipimpin oleh Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan H.S. Lee
  • Berperanan menjaga serta melindungi kepentingan masyarakat Cina
  • Bekerjasama dengan pihak lain untuk menentang pengaruh komunis di Tanah Melayu 

Independence of Malayan Party (IMP) – September 1951
  • Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock
  • Berusaha menyatukan rakyat daripada pelbagai kaum di Tanah Melayu
  • Menjadikan kerjasama antara kaum sebagai asas penting dalam usaha mencapai kemerdekaan 

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) – November 1951
  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
  • Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu
  • Berusaha menyatukan pentadbiran berasaskan Islam di negeri-negeri Melayu

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) – November 1951
  • Dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr. Burhanuddin al-Helmi
  • Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu
  • Berusaha menyatukan pentadbiran berasaskan Islam di negeri-negeri Melayu

People’s Progressive Party (PPP) – Januari 1953
  • Dipimpin oleh Dr. S. Kanapathipillai dan D.R. Seenivasagam
  • Memperjuangkan hak yang sama rata untuk semua kaum
  • Menegakkan keadilan dalam aspek sosial dan ekonomi berasaskan prinsip demokrasi

Parti Negara – Februari 1954
  • Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Hamzah Abdullah, Nik Ahmad Kamil, E.E.C. Thuraisingham dan P. Ramani
  • Memperjuangkan kemerdekaan melalui kerjasama antara semua kaum
  • Berusaha menubuhkan satu parti yang terbuka kepada seluruh rakyat bagi membina negara Tanah Melayu

Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
  • Perkembangan politik menjadi lebih matang apabila wujud kerjasama antara kaum sejak tahun 1940-an.
  • Sebelum kewujudan parti politik secara rasmi, sudah terdapat usaha pakatan antara kumpulan tertentu.
  • Kerjasama ini memainkan peranan penting sebagai asas untuk mencapai kemerdekaan negara.

Pakatan PUTERA-AMCJA – Disember 1947
  • Merupakan gabungan antara Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi dan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock
  • Menjadi pelopor dalam usaha mewujudkan kerjasama politik antara kaum di Tanah Melayu
  • Menghasilkan satu cadangan dikenali sebagai Manifesto Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada rancangan pembinaan negara oleh British
  • Manifesto tersebut mengandungi cadangan utama seperti:
    • Memberikan pemerintahan sendiri kepada rakyat
    • Menubuhkan Dewan Perundangan
    • Mewujudkan satu bentuk kewarganegaraan yang sama untuk semua penduduk 

Pakatan PUTERA-AMCJA – Disember 1947
  • Merupakan gabungan antara Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi dan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock
  • Menjadi pelopor dalam usaha mewujudkan kerjasama politik antara kaum di Tanah Melayu
  • Menghasilkan satu cadangan dikenali sebagai Manifesto Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada rancangan pembinaan negara oleh British
  • Manifesto tersebut mengandungi cadangan utama seperti:
    • Memberikan pemerintahan sendiri kepada rakyat
    • Menubuhkan Dewan Perundangan
    • Mewujudkan satu bentuk kewarganegaraan yang sama untuk semua penduduk 

Persidangan Kebangsaan – Februari 1954
  • Diadakan pada bulan Februari 1954
  • Dipengerusikan oleh Abdul Wahab bin Abdul Aziz, Dato’ Panglima Bukit Gantang yang ketika itu merupakan Menteri Besar Perak
  • Bertujuan membincangkan usaha untuk menubuhkan satu gabungan parti politik kebangsaan yang bersatu di Tanah Melayu
  • Disertai oleh beberapa pertubuhan seperti:
    • Independence of Malayan Party (IMP)
    • Malayan Indian Congress (MIC)
    • Persatuan Ceylonese Malaya
    • Persatuan Eurasian Malaya
  • Antara keputusan penting ialah mendesak supaya pilihan raya bagi Persekutuan Tanah Melayu diadakan

Konvensyen Kebangsaan – Ogos 1954
  • Dianjurkan pada bulan Ogos 1954 oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman serta Persatuan Cina Malaya (MCA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock
  • Bertujuan membincangkan langkah ke arah mencapai kemerdekaan serta menentukan hala tuju masa depan Tanah Melayu
  • Turut disertai oleh beberapa pertubuhan lain seperti:
    • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
    • Persetiaan Melayu Kelantan
    • Persatuan Melayu Semenanjung
  • Hasil utama konvensyen ini ialah meluluskan satu resolusi yang mendesak pihak British supaya mengadakan pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu

Pembentukan Parti Perikatan – 1954
  • Kongres India Malaya (MIC) bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaya (MCA) untuk membentuk Parti Perikatan sekitar bulan Oktober 1954
  • Gabungan ini melengkapkan kerjasama antara tiga kaum utama di Tanah Melayu serta menekankan kesetiaan kepada raja dan negara
  • Parti ini memilih lambang kapal layar sebagai simbol perjuangan
  • Kapal layar tersebut melambangkan sebuah bahtera yang kuat mengharungi ombak dan cabaran dalam usaha mencapai kemerdekaan


Kesimpulan Usaha ke Arah Kemerdekaan
  • Perpaduan antara kaum merupakan faktor utama kejayaan mencapai kemerdekaan.
  • Rakyat telah bersedia untuk mentadbir negara sendiri melalui pengalaman politik.
  • Amalan toleransi dan rundingan membantu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.
  • Kepimpinan tokoh terdahulu berjaya membina asas penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial negara.
Untuk Melihat Kandungan Sejarah SPM Tingkatan 4 dan 5 yang lain klik di sini 

Picture
Picture
Picture
0 Comments